Saturday, February 2, 2013

erti sebuah kehidupan

permulaan yang kita tidak sedari
penghujung yang kita tidak ketahui
inilah kehidupan jika diberi erti
keseronokan kebahagiaan, kesusahan dan kesedihan
menjadi rencah di dalam memaniskan kehidupan

berapa ramai yang sedar kehidupan ini sekadar pinjaman?
berapa ramai yang menghayati erti sebuah kehidupan?
berapa ramai pula yang menunaikan segala amalan?

tidak kita ketahui bilakah kita akan pergi
jika diberi mungkin tiada yang lalai lagi terhadap diri sendiri
setiap hari yang berlalu adalah satu kerugian
bagi mereka yang tidur dari menjalankan kewajipan

bukan engkau bukan kamu, yang aku nasihati adalah aku
aku berusaha menjadi orang yang "untung"
dimana setiap hari amalan dihitung
setiap harinya adalah kebaikan
setiap harinya membawa keuntungan

namun aku masih begini
sekadar berjanji tidak pada hati
apakah "nur" itu telah pergi dari hati ini?
Ya Allah tabahkanlah hati kecilku ini
agar setiap janji dapat ku tepati
bukan sekadar berjanji tetapi masih begini
tolonglah dan bantulah
aku tidak mahu terperangkap dalam diriku lagi..

No comments:

Post a Comment